GEOGRAFI
Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara.
Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara.
Punca-punca berlakunya jerebu
Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh
Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU
101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu pertama
melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap
alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita.
Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari
kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan
arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan
daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri
petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang
masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti
habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya
dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai
dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi masalah
pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan kenderaan
di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.
Ketiga,masalah
jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat
dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan
pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut.
Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering
memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan.
Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa
sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.
Jerebu juga
terjadi akibat letupan gunung berapi.Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam
tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk
dan gas-gas ke dalam udara
Kesan-kesan
jerebu
Terdapat banyak
kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan
manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan
kesihatan manusia yang paling ketara ahíla terhadap sistem pernafasan dan boleh
menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, nemonia dan penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya
haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah
beracun. Teranakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini
akan menjadi mangsa keracunan makanan.
Selain itu,
kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap
dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah
besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti
perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.
Risiko
kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di
jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak
merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak
diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian
besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa
ditutup.
Selain daripada
itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan
proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan
buah berkurangan.
Selimut jerebu
ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas
fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada
hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan,
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan
dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Langkah-langkah
mengatasi masalah jerebu
Antara langkah
yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan
secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif
dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu
mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu
dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan
untuk tujuan pertanian.
Kedua, bahan
pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di
negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan arbón dioksida, karbón monoksida
dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan
kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang
terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Ketiga, jerebu
boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah
pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah
bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri
pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Keempat,
masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran
Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan
susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap
atau gas yang berlebihan dapat diatasi
Masalah jerebu
juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan
pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar .
Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif
dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan