GEOGRAFI
PENJAGAAN ALAM SEKITAR
Alam
sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya.Sebagai
rakyat yang prihatin terhadap alam sekitar,mereka hendaklah sentiasa merenung
keindahannya disamping berusaha menjaganya setiap masa.Oleh itu,pelbagai
inisiatif boleh diambil dalam usaha untuk memulihkan,memelihara dan
menjaga alam sekitar.
INISIATIF-INISIATIF YANG PATUT DIAMBIL
PERANAN KERAJAAN
Kerajaan amat serius terhadap isu alam sekitar.Beberapa akta untuk melindungi keindahan alam sekitar telah digubal.Antaranya termasuklah Akta Kualiti Alam Sekitar.Di bawah akta ini,pihak pencemar alam dikenakan hukuman berat.Garis Paduan Penilaian Kesan Alam Sekitar(EIA) pula menimbangkan kerosakan terhadap alam sekitar oleh sesuatu projek.Masyarakat yang mengetahui tentang kegiatan yang menjejaskan kualiti alam yang berlaku di sekeliling mereka hendaklah segera menghubungi Jabatan Alam Sekitar.Dalam pada itu,program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan perlun diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula.Contohnya, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran.
PERANAN SEKTOR KORPORAT
Sektor korporat perlu memainkan peranan yang giat dalam usaha memelihara alam.Sektor korporat bolehlah membuat pelaburan untuk mengindahkan sesuatu kawasan sebagai destinasi pelancongan.Kumpulan Berjaya umpamanya,telah berkerjasama dengan pencinta alam untuk membangunkan dan mengindahkan Pulau Redang.Sunway Lagoon dan Mines wonderland juga dibina di tapak bekas lombong yang gersang.Kawasan yang tandus dan kotor itu kini menjadi kawasan hijau.Usaha ini patut dijadikan teladan oleh sektor korporat yang lain.Hal ini kerana disamping dapat menhijaukan alam,pihak ini juga dapat mengaut keuntungan yang lumayan.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Sektor swasta boleh menggunakan teknologi dalam usaha memelihara keindahan alam sekitar.Di Malaysia,peruntukan undang-undang adalah merangkumi hampir segala aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah -masalah alam sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan masalah biasa.Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi.Pihak swasta perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata. Pelaburan dalam usaha menjaga alam sekitar perlulah dilakukan di samping keinginan untuk mengaut keuntungan. Sektor swasta boleh berusaha mengitar semula barang buangan untuk menghasilkan barangan yang bermutu. Sebagai contoh ,plastik boleh dihancurkan menjadi serat halus. Serat halus boleh digunakan untuk menghasilkan kain khemah ,baju hujan ,dan sebagainya. Di samping itu ,sektor swasta juga boleh menjaga alam sekitar dengan mengeluarkan barang-barang terbiodegradasikan atau barang mesra alam yang mudah reput. Dengan ini ,sampah sarap yang berlonggokan dapat dikurangkan.
PERANAN PENGGUNA
Sebagai pengguna pula ,kita juga perlu memainkan peranan dalam memastikan keindahan alam sekitar sentiasa terpelihara. Sungguhpun kesedaran rakyat tentang alam sekitar telah meningkat ,tetapi kesedaran ini masih belum dicapai peringkat yang realistik. Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami ,orang awam perlu mengambil berat dan memberikan perhatian terhadap kebersihan didalam dan juga diluar rumah mereka terlebih dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari rumah. Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan ,misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan ,kerana ia akan menyebabkan saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti berlaku banjir dan sebagainya.Untuk memastikan keindahan alam sekitar,setiap rumah juga digalakkan menanam pokok dan membangunkan taman bunga sendiri.Sumbangan benih pokok juga mungkin boleh disalurkan ke setiap rumah.Dengan cara ini,ia membantu membangunkan bumi serta dapat mengekalkan oksigen.Sayur-sayuran juga boleh ditanam untuk sara diri dan juga menjaga kehijauan alam.Suri rumah tangga yang membeli beleh juga digalakkan membawa bakul sendiri.Sikap ini akan mengurangkan penggunaan beg plastik,yang kebanyakannya akan di buang kelak.Beg plastik bukan bahan yang terbiodegradasikan yang boleh mencemari alam sekitar.
PERANAN PERSATUAN ALAM SEKITAR
Kita juga boleh menyertai persatuan alam sekitar,pertubuhan sukarela,dan badan sosial yang lain.Di Malaysia,terdapat Persatuan Perlindungan Alam Sekitar(MASA) dan Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar(ENSEARCH).Kempen-kempen kesedaran selalu dianjurkan oleh pertubuhan sedemikian.Pertubuhan ini juga sering menganjurkan gotong-royong penbersihan alam.Jadi pelibatan kita dalam pertubuhan sedamikian amat penting.Kita boleh menganggotai pertubuhan sedemikian atau menghulurkan bantuan kewangan.Sumbangan kita pasti membolehkan kegiatan menyelamatkan alam lebih berjaya.
MENGIKIS SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Kita perlulah mengikis sikap tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Sikap membuang sampah sesuka hati,menconteng pokok-pokok, dan sebagainya perlu dijauhi.Kita tidak boleh mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam.Sebagai contoh,penternak perlulah menyediakan loji pelupusan air kumbahan agar air kumbahan ternakan mereka tidak mencemari alam sekitar.Pengilang pula janganlah membuang bahan sisa bertoksik terus ke alam.Mereka harus mendirikan loji pelupusan bahan sisa bertoksik untuk menyelamatkan alam.Oleh itu,kita hendaklah menggiatkan lagi usaha dalam menjaga kebersihan alam sekitar kita.
KESIMPULAN
Usaha penjagaan alam sekitar melibatkan semua pihak.Kita sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini perlulah memainkan peranan yang penting di dalam menjaga dan memulihara alam sekitar.Kalau bukan kita yang menjaganya siapa lagi.Sikap dan mentaliti dari dalam diri perlu disemai sejak bangku sekolah lagi.Oleh itu, semua masyarakat diharapkan lebih peka akan peranan dan tanggungjawab demi berdamai dengan alam sekitar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan