Selasa, 17 Jun 2014

GEOGRAFI
MENCADANGKAN LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TUMBUHAN DAN HIDUPAN LIAR

1. Penghutanan Semula
-Penghutanan semula merupakan proses penanaman pokok-pokok terpilih di kawasan hutan yang telah ditebang. 


- Penghutanan semula dilaksanakan dengan menanam semula pokok-pokok yang bermutu, matang dan tahan daripada serangan penyakit di kawasan hutan yang telah ditebang. 

- Langkah ini ialah untuk memastikan supaya hasil hutan dapat dikekalkan. 


-Pokok yang ditebang telah digantikan dengn pokok yang cepat tumbuh dan batang-batang lurus supaya ia dapat menghasilkan sumber kayu di masa depan.

2 .Ladang Hutan
Ladang hutan ialah hutan buatan manusia yang dijadikan sebagai langkah pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semulajadi.


- bertujuan untuk membekalkan bahan kayu untuk kegunaan am bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.


- Spesies pokok yang ditanam adalah dipilih berdasarkan kriteria berikut:a. cepat tumbesar dan berupaya mencapai saiz kayu balak dalam tempoh 15 tahun.

b. Boleh mengeluarkan kayu yang sesuai untuk kegunaan am.
c. Boleh mengeluarkan bekalan biji benih yang subur serta mencukupi.

3. Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara
Jabatan Perhutanan Malaysia telah mewartakan banyak kawasan hutan sebagai hutan simpan.


 Hutan simpan ialah kawasan hutan yang dilarang menjalankan aktiviti pembalakan dan pemburuan.
Beberapa buah taman negara dan hutan lipur juga diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada pelbagai jenis spesies tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar. 


4. Penebangan Terpilih

-Pembalak di hutan digalakkan menjalankan penebangan terpilih. Di bawah rancangan penebangan terpilih, hanya pokok-pokok yang cukup matang sahaja dibenarkan ditebang.

- Pegawai dan renjer hutan akan sentiasa mengawasi segala kegiatan pembalakan di kawasan hutan.


5. Rawatan Silvikultur

- Hutan dibalak yang mempunyai stok anak-anak pokok asli dari jenis yang dikehendaki tetapi menghadapi persaingan saliran dan diganggui oleh pepanjat perlu mendapat rawatan sivikultur.

- Rawatan silvikultur melibatkan dua kaedah, iaitu menebas sekeliling anak pokok yang berharga dan kaedah gelangan racun pada akar pokok.


- Rawatan silvikultur bertujuan untuk meningkatkan isi kandungan hutan dengan jenis-jenis pokok yang terpilih dan menghindarkan persaingan daripada pokok-pokok yang tidak dikehendaki.


- Cara pemeliharaan hutan ini dapat memastikan pokok-pokok hutan yang ditanam akan cepat matang.

6. Pendidikan Alam Sekitar
-Memberikan pendidikan tentang alam sekitar secara formal adalah satu langkah awal yang diyakini akan memberikan natijah yang amat positif.


- Pendidikan alam sekitar perlu memandangkan masyarakat yang ada pada hari ini adalah bertanggungjawab untuk menjaga dan mensejahtera alam ini untuk diwarisi oleh generasi akan datang.


- Pendidikan formal ini sepatutnya diperkenalkan sejak di bangku sekolah rendah lagi dan wajar berterusan hingga ke menara gading. 


-Penekanan kurikulum adalah untuk mendidik generasi kini untuk bagaimana menjaga alam sekitar ini supaya sentiasa terpelihara dan di samping mengkaji kesan-kesan yang mungkin akan dialami jika alam ini tidak diurustadbirkan dengan baik.
GEOGRAFI
MENGHASILKAN REKA BENTUK MENGGUNAKAN BAHAN TERPAKAI


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaantenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan

GEOGRAFI
PENJAGAAN ALAM SEKITAR


Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya.Sebagai rakyat yang prihatin terhadap alam sekitar,mereka hendaklah sentiasa merenung keindahannya disamping berusaha menjaganya setiap masa.Oleh itu,pelbagai inisiatif boleh diambil dalam usaha untuk memulihkan,memelihara dan menjaga alam sekitar.
INISIATIF-INISIATIF YANG PATUT DIAMBIL

PERANAN KERAJAAN

Kerajaan amat serius terhadap isu alam sekitar.Beberapa akta untuk melindungi keindahan alam sekitar telah digubal.Antaranya termasuklah Akta Kualiti Alam Sekitar.Di bawah akta ini,pihak pencemar alam dikenakan hukuman berat.Garis Paduan Penilaian Kesan Alam Sekitar(EIA) pula menimbangkan kerosakan terhadap alam sekitar oleh sesuatu projek.Masyarakat yang mengetahui tentang kegiatan yang menjejaskan kualiti alam yang berlaku di sekeliling mereka hendaklah segera menghubungi Jabatan Alam Sekitar.Dalam pada itu,program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan perlun diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula.Contohnya, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran.


PERANAN SEKTOR KORPORAT


Sektor korporat perlu memainkan peranan yang giat dalam usaha  memelihara alam.Sektor korporat bolehlah membuat pelaburan untuk mengindahkan sesuatu kawasan sebagai destinasi pelancongan.Kumpulan Berjaya umpamanya,telah berkerjasama dengan pencinta alam untuk membangunkan dan mengindahkan Pulau Redang.Sunway Lagoon dan Mines wonderland juga dibina di tapak bekas lombong yang gersang.Kawasan yang tandus dan kotor itu kini menjadi kawasan hijau.Usaha ini patut dijadikan teladan oleh sektor korporat yang lain.Hal ini kerana disamping dapat menhijaukan alam,pihak ini juga dapat mengaut keuntungan yang lumayan.


PENGGUNAAN TEKNOLOGI 

Sektor swasta boleh menggunakan teknologi dalam usaha memelihara keindahan alam sekitar.Di Malaysia,peruntukan undang-undang adalah merangkumi hampir segala aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah -masalah alam sekitar  yang telah serius  dan mendapat perhatian dan meminggirkan masalah biasa.Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana  untuk melakukan kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi.Pihak swasta perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata. Pelaburan dalam usaha menjaga alam sekitar perlulah dilakukan di samping keinginan untuk mengaut keuntungan. Sektor swasta boleh berusaha mengitar semula barang buangan untuk menghasilkan barangan yang bermutu. Sebagai contoh ,plastik boleh dihancurkan menjadi serat halus. Serat halus boleh digunakan untuk menghasilkan kain khemah ,baju hujan ,dan sebagainya. Di samping itu ,sektor swasta juga boleh menjaga alam sekitar dengan mengeluarkan barang-barang terbiodegradasikan atau barang mesra alam yang mudah reput. Dengan ini ,sampah sarap yang berlonggokan dapat dikurangkan.

PERANAN PENGGUNA

Sebagai pengguna pula ,kita juga perlu memainkan peranan dalam memastikan keindahan alam sekitar sentiasa terpelihara. Sungguhpun kesedaran rakyat tentang alam sekitar telah meningkat ,tetapi kesedaran ini masih belum dicapai peringkat yang realistik. Bagi memastikan persekitaran kita selamat untuk didiami ,orang awam perlu mengambil berat dan memberikan perhatian terhadap kebersihan didalam dan juga diluar rumah mereka terlebih dahulu. Ini kerana menjaga kebersihan alam sekitar perlu berakar umbi dari rumah. Setiap anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan ,misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan ,kerana ia akan menyebabkan saliran tersumbat dan akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti berlaku banjir dan sebagainya.Untuk memastikan keindahan alam sekitar,setiap rumah juga digalakkan menanam pokok dan membangunkan taman bunga sendiri.Sumbangan benih pokok juga mungkin boleh disalurkan ke setiap rumah.Dengan cara ini,ia membantu membangunkan bumi serta dapat mengekalkan oksigen.Sayur-sayuran juga boleh ditanam untuk sara diri dan juga menjaga kehijauan alam.Suri rumah tangga  yang membeli beleh juga digalakkan membawa bakul sendiri.Sikap ini akan mengurangkan penggunaan beg plastik,yang kebanyakannya akan di buang kelak.Beg plastik bukan bahan yang terbiodegradasikan yang boleh mencemari alam sekitar.
PERANAN PERSATUAN ALAM SEKITAR

Kita juga boleh menyertai persatuan alam sekitar,pertubuhan sukarela,dan badan sosial yang lain.Di Malaysia,terdapat Persatuan Perlindungan Alam Sekitar(MASA) dan Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar(ENSEARCH).Kempen-kempen kesedaran selalu dianjurkan oleh pertubuhan sedemikian.Pertubuhan ini juga sering menganjurkan gotong-royong penbersihan alam.Jadi pelibatan kita dalam pertubuhan sedamikian amat penting.Kita boleh menganggotai pertubuhan sedemikian atau menghulurkan bantuan kewangan.Sumbangan kita pasti membolehkan kegiatan menyelamatkan alam lebih berjaya.
MENGIKIS SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB 

Kita perlulah mengikis sikap tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Sikap membuang sampah sesuka hati,menconteng pokok-pokok, dan sebagainya perlu dijauhi.Kita tidak boleh mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam.Sebagai contoh,penternak perlulah menyediakan loji pelupusan air kumbahan agar air kumbahan ternakan mereka tidak mencemari alam sekitar.Pengilang pula janganlah membuang bahan sisa bertoksik terus ke alam.Mereka harus mendirikan loji pelupusan bahan sisa bertoksik untuk menyelamatkan alam.Oleh itu,kita hendaklah menggiatkan lagi usaha dalam menjaga kebersihan alam sekitar kita.
KESIMPULAN


Usaha penjagaan alam sekitar melibatkan semua pihak.Kita sebagai manusia yang hidup di muka bumi ini perlulah memainkan peranan yang penting di dalam menjaga dan memulihara alam sekitar.Kalau bukan kita yang menjaganya siapa lagi.Sikap dan mentaliti dari dalam diri perlu disemai sejak bangku sekolah lagi.Oleh itu, semua masyarakat diharapkan lebih peka akan peranan dan tanggungjawab demi berdamai dengan alam sekitar.
GEOGRAFI

Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara.

Punca-punca berlakunya jerebu

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita.

Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

Ketiga,masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi.Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara

Kesan-kesan jerebu


Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara ahíla terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Teranakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup.

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan. 

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.


Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu


Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan arbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi


Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.
GEOGRAFI
Kesan Kegiatan terhadap Alam Sekitar
Pengenalan
- Kegiatan manusia merujuk kepada aktiviti manusia yang dianggap
sebagai manusia ekonomi.


- Sebagai manusia ekonomi, iaitu menjalankan aktiviti harian dengan berinteraksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup.

 Alam sekitar dibahagi kepada 2
komponen iaitu:-


1. Komponen mengandungi hidupan
iaitu haiwan dan tumbuhan.


2. Komponen bukan hidupan –tanah, udara dan air.

Aktiviti utama manusia
- Sebagai manusia ekonomi, manusia menjalankan kegiatan harian dengan berinteraksi kepada alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup.


- Aktiviti asas utama manusia ialah:-


1. Pertanian
2. Perlombongan
3. Pembalakan
4. Perikanan

- Aktiviti yang disebutkan di atas
 mempunyai kesan terhadap
keseimbangan alam sekitar sekiranya tidak ada satu panduan pengurusan sumber yang baik. 

Aktiviti Pertanian 

- Aktiviti pertanian melibatkan penerokaan hutan dan tanah.


- Aktiviti pertanian yang tidak dirancang seperti aktiviti pertanian
pindah bukan sahaja menyebabkan kepupusan hutan tetapi juga
menyebabkan permukaan tanah


Akitiviti Perlombongan

- Aktiviti ini melibatkan penerokaan tanah sama ada dengan mengorek permukaan atau menggerudi permukaan tanah untuk mendapatkan hasil mineral.


- Aktiviti perlombongan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kejadian hakisan tanah, banjir, dasar sungai menjadi cetek dan tanah lapang terbiar

Aktiviti Pembalakan

- Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang penting bagi negara-negara tropika termasuk Malaysia kerana mempunyai spesies pokok
yang bermutu.

- Pembalakan yang tidak dirancang mempunyai kesan buruk ke atas alam sekitar kerana ia boleh memusnahkan habitat haiwan liar.


- Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak dikawal boleh
menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat.

- Aktiviti pembalakan perlu dikawal kerana kemusnahan hutan
memerlukan 40 tahun untuk puli semula.

Aktiviti Perikanan. 

- Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik.

- Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan.


- Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden
seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.

Pembinaan Jalan Raya

- Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi menyebabkan pokok ditebang, tanah ditarah dan diratakan.


- Aktiviti ini menyebabkan perubahan landskap asal kawasan menyebabkan kejadian hakisan dan tanah runtuh.

Rabu, 7 Mei 2014

SAINS:BAND 6 BAB 3 (KETUMPATAN)


ANDA BOLEH MENGAMBIL MAKLUMAT-MAKLUMAT INI UNTUK MEMBUAT BAND 6  BAB 3.SEDIKIT SEBANYAK BOLEH MEMBANTU ANDA  :)


Konsep KETUMPATAN
  Konsep Ketumpatan
  —Ketumpatan dan keapungan
—  Ketumpatan sesuatu bahan adalah jisim per unit isipadu bahan tersebut. Persamaannya          adalah:
  —Unit SI bagi ketumpatan kg/m3 atau kgm-3
  —Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada dua faktor:
  —Jisim
        Lebih besar jisim, semakin besar ketumpatannya.
—  Isipadu
        Lebih besar isipadu, semakin kecil ketumpatannya
.


Jadual berikut menunjukkan ketumpatan pelbagai jenis  bahan-bahan:


—  Keapungan  jirim adalah merujuk kepada samada sesuatu jirim itu terapung atau        tenggelam dalam jirim lain.
Keapungan sesuatu jasad adalah bergantung kepada ketumpatannya
Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada ketumpatan sesuatu cecair akan terapung pada permukaan cecair tersebut.
Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada ketumpatan sesuatu cecair akan tenggelam di dalam cecair tersebut.


   Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan dua jasad:
  •        Jika gabus terapung di atas permukaan air, maka gabus adalah kurang tumpat daripada air.
  • —  Jika zink tenggelam di dalam air, maka zink adalah lebih tumpat daripada air.

       Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan dua cecair yang tidak bercampur:
       •  Jika petrol terapung di atas air, maka petrol adalah kurang tumpat daripada   air.
•  Jika merkuri tenggelam di dalam air, maka merkuri adalah lebih tumpat  daripada air.

Mengangkut kayu balak

 Dalam industri pembalakansungai merupakan pengangkutan yang penting untuk   mengangkut kayu balak kerana kayu mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada air.
Oleh itukayu balak boleh terapung di dalam sungai dan dibawa oleh arus air sungai ke  kilang yang terletak di muara sungai.


         Belon udara panas
Sesebuah belon udara panas beroperasi dengan cara mengawal ketumpatan udara di dalam belon.
  —Ketumpatan udara menurun apabila suhu udara adalah meningkatIni disebabkan oleh isipadu udara bertambah (jisim udara tidak berubah).
  —Oleh ituuntuk membolehkan belon terapung dengan lebih tinggi di udarasuhu udara di dalambelon perlu dinaikkan.
Ketumpatan udara akan bertambah apabila suhu udara menyejuk (colder).
Untuk menurunkan belonsuhu udara di dalam belon perlu diturunkan.


SEKIAN ,TERIMA KASIH.