Rabu, 7 Mei 2014

SAINS:BAND 6 BAB 3 (KETUMPATAN)


ANDA BOLEH MENGAMBIL MAKLUMAT-MAKLUMAT INI UNTUK MEMBUAT BAND 6  BAB 3.SEDIKIT SEBANYAK BOLEH MEMBANTU ANDA  :)


Konsep KETUMPATAN
  Konsep Ketumpatan
  —Ketumpatan dan keapungan
—  Ketumpatan sesuatu bahan adalah jisim per unit isipadu bahan tersebut. Persamaannya          adalah:
  —Unit SI bagi ketumpatan kg/m3 atau kgm-3
  —Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada dua faktor:
  —Jisim
        Lebih besar jisim, semakin besar ketumpatannya.
—  Isipadu
        Lebih besar isipadu, semakin kecil ketumpatannya
.


Jadual berikut menunjukkan ketumpatan pelbagai jenis  bahan-bahan:


—  Keapungan  jirim adalah merujuk kepada samada sesuatu jirim itu terapung atau        tenggelam dalam jirim lain.
Keapungan sesuatu jasad adalah bergantung kepada ketumpatannya
Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada ketumpatan sesuatu cecair akan terapung pada permukaan cecair tersebut.
Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada ketumpatan sesuatu cecair akan tenggelam di dalam cecair tersebut.


   Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan dua jasad:
  •        Jika gabus terapung di atas permukaan air, maka gabus adalah kurang tumpat daripada air.
  • —  Jika zink tenggelam di dalam air, maka zink adalah lebih tumpat daripada air.

       Bagaimana untuk membandingkan ketumpatan dua cecair yang tidak bercampur:
       •  Jika petrol terapung di atas air, maka petrol adalah kurang tumpat daripada   air.
•  Jika merkuri tenggelam di dalam air, maka merkuri adalah lebih tumpat  daripada air.

Mengangkut kayu balak

 Dalam industri pembalakansungai merupakan pengangkutan yang penting untuk   mengangkut kayu balak kerana kayu mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada air.
Oleh itukayu balak boleh terapung di dalam sungai dan dibawa oleh arus air sungai ke  kilang yang terletak di muara sungai.


         Belon udara panas
Sesebuah belon udara panas beroperasi dengan cara mengawal ketumpatan udara di dalam belon.
  —Ketumpatan udara menurun apabila suhu udara adalah meningkatIni disebabkan oleh isipadu udara bertambah (jisim udara tidak berubah).
  —Oleh ituuntuk membolehkan belon terapung dengan lebih tinggi di udarasuhu udara di dalambelon perlu dinaikkan.
Ketumpatan udara akan bertambah apabila suhu udara menyejuk (colder).
Untuk menurunkan belonsuhu udara di dalam belon perlu diturunkan.


SEKIAN ,TERIMA KASIH.